PENGENALAN

Sistem Penilaian Kenderaan Atas Talian (PiKAT) merupakan satu sistem dalam talian
yang mengandungi tujuh (7) modul penilaian.
JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan perkhidmatan seperti dibawah:-

Kenderaan Baharu KENDERAAN BAHARU
Kenderaan-kenderaan baharu yang dibeli oleh Jabatan perlu melalui proses
Harga rezab HARGA REZAB
JKR Worksyop menyediakan perkhidmatan penilaian
Lucut Hak LUCUT HAK
Kenderaan terpakai untuk lucut hak
Pinjaman Kerajaan PINJAMAN KERAJAAN
JKR Worksyop menyediakan perkhidmatan penilaian
Pelupusan PELUPUSAN
Pelupusan adalah proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,
Pemeriksaan Tahunan PEMERIKSAAN TAHUNAN
JKR Worksyop menyediakan perkhidmatan penilaian pemeriksaan tahunan
Kemalangan KEMALANGAN
Kenderaan Jabatan yang terlibat dalam kemalangan
KENDERAAN BAHARU

Kenderaan-kenderaan baru yang dibeli oleh Jabatan perlu melalui proses pemeriksaan dan penilaian di Worksyop Kerajaan bagi :-

  • Memastikan "kesahihan" samaada kenderaan tersebut baru atau kenderaan "re-conditioned"
  • Spesifikasi kenderaan menepati kehendak jabatan dan sejajar dengan surat setuju terima yang dikeluarkan kepada kontraktor.
  • HARGA REZAB

    JKR Worksyop menyediakan perkhidmatan penilaian kenderaan terpakai bagi tujuan harga rezab untuk dijual atau dilelong.

    LUCUT HAK

    JKR Worksyop menyediakan perkhidmatan penilaian kenderaan terpakai bagi tujuan lucut hak untuk di jual atau di lelong.

    PINJAMAN KERAJAAN

    JKR Worksyop menyediakan perkhidmatan penilaian kenderaan terpakai bagi tujuan pinjaman kerajaan kepada pegawai kerajaan yang ingin membeli kenderaan terpakai.Ianya perlu dinilai oeleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan.

    PELUPUSAN

    Pelupusan adalah proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,simpanan dan rekod mengikut kaedah yang di tetapkan. Perakuan Pelupusan (PEP) diperlukan bagi semua aset Mekanikal,Teknikal,Elektrikal dan Elektronik. Hanya JKR dan Worksyop Jabatan sahaja diberi kuasa untuk mengeluarkan PEP.

    PEMERIKSAAN TAHUNAN

    Pemeriksaan Tahunan adalah untuk menilai tahap keselamatan dan prestasi kenderaan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2013.

    KEMALANGAN

    Sekiranya kenderaan jabatan terlibat dengan kemalangan, kenderaan perlu SEGERA dibawa ke Worksyop JKR untuk pemeriksaan dan penilaian kerosakan yang dialami.